Dulu sikap ni jadi kebanggaan,masa berlalu agaknya dah tua sedar juga kan,tetapi masih juga menyelit didalam diri. Entah berlebih atau berkurang dari dulu-dulu.
Persoalannya ada hal yang perlu dijelas dengan sejelas-jelasnya tetapi bukan kerana nak menang,hanya kerana wajar di beri perhatian. ada hal yang tidak perlu dan sewajarnya kita abaikan saja.
Bergantung kepada apa perkara tersebut,yang penting kita harus tahu dan ingat kelak diakhirat
tiada persoalan mengenai siapa yang menang atau kalah.Semua hal kejayaan dan kegagalan dalam bab apa pun tidak akan dipersoalkan.
Tetapi sedarkah kita yang pasti Allah akan mempersoalkan kita tentang benar dan salah.Allah maha mengetahui apa yang tersirat didalam qalbu apatah lagi yang zahir..dapat kah kita lari dari persoalan tersebut,mana mungkin yang penting kita harus mendidik jiwa mulai saat ini dalam apa setiap perbuatan kita mengikut syariat.Dan hendaknya bertanya kepada diri sendiri.."betul ke ni"
"kalau bagi aku betul bagaimana pula dalam pandangan Allah"
Mudah-mudahan ada juga tersangkut sedikit kesedaran..Tak selamanya begitu saja..Menyusahkan.
"kalau bagi aku betul bagaimana pula dalam pandangan Allah"
Mudah-mudahan ada juga tersangkut sedikit kesedaran..Tak selamanya begitu saja..Menyusahkan.
0 comments:
Post a Comment