Nak ucap perkataan syukur tu mudah..'SYUKUR ALHAMDULILLAH" tetapi bab nak memahaminya dengan sedalam-dalam dan sehalus-halusnya tak mungkin semudah ucapan yang kita lafazkan.
Katakan pada suatu hari tu kita mendapat sesuatu yang tidak diduga yang mengembirakan bukan main seronoknya,tak putus kalimah syukur terbit dari bibir ,tetapi tak semena-mena telefon berbunyi,
kita angkat dan ternyata ada yang dah terpacak depan rumah nak bertandang konon.
Pasti yang terkeluar dari mulut kita.."ah menganggu",tanpa kita sedari terucap perkataan yang sebegitu, lihat lah diri dan begitu lah sikap yang dah menjadi kebiasaan dan terjadi berulang kali tanpa rasa bersalah dan menyesal.
Kenapa?kerana kita manusia jika bab mengejar kasih Allah jarang timbul atau tidak akan timbul rasa kurang senang,malah ada yang tidak peduli tentang hal sebegini,tetapi jika bab mengejar kasih manusia atau hal dunia terjadi banyak sekali perbalahan dan persaingan dan rasa kurang senang.
Bersyukur itu termasuk bab mengejar kasih Allah...tetapi jarang kita bersyukur jika bab yang tidak membawa keuntungan...
0 comments:
Post a Comment