Dimasa remajanya.sufi Muhammad bin Ali At-Tirmizi pernah dicintai oleh seorang wanita jelita.
Tetapi beliau tidak melayannya.Siwanita itu bertambah gila bayang dan terus terang agar beliau meminangnya dengan segera.At-Tirmizi tetap tidak mahu kerana beliau sudah tidak memperdulikan keseronokan dunia.
Jadilah cinta si wanita itu ibarat bertepuk sebelah tangan.
Setiap hari wanita jelita tersebut sentiasa mengintai lelaki pujaanya itu walau tidak mendapat sambutan dan berusaha untuk memerangkapnya.
Suatu hari siwanita melihat At-Tirmizi berada didalam sebuah taman,maka dia terus bersolek secantik-cantiknya dan merinjis badannya dengan wangian yang semerbak baunya.Dia terus masuk kedalam taman untuk menghampiri At-Tirmizi,akan tetapi sebaik saja At-Tirmizi melihat si wanita ,dia terus cabut dan lari dengan langkah seribu.Wanita itu mengejar sambil berteriak ..
"Pencuri...! Pencuri...!"pekik wanita itu.
"Mana......! Mana......?"tanya orang ramai yang berdatangan.
"Itu! Dia telah cuba untuk membunuhku."kata si wanita itu.
Sangat cerdik wanita itu setelah gagal untuk memikat hati dia sanggup menuduh lelaki yang dicintainya itu sebagai pencuri walhal dia sebenarnya yang hendak mencuri hati At_Tirmizi yang soleh itu.
At-Tirmizi terus lari sehingga menemui jalan mati yang berpagar tembok tinggi.Beliau memanjat tembok itu dan melompat keseberang.Dia selamat dari serangan orang ramai.
Dimasa tuanya tiba-tiba terfikir oleh At Tirmizi: "Apa salahnya jika seandainya dahulu aku penuhi hajat si wanita cantik itu?" Bukankah ketika itu aku masih muda dan sempat untuk bertaubat.
Ketika AtiTirmizi sedar akan fikirannya yang melencong itu dia sangat menyesal dan marah.
"Wahai diri yang keji dan penentang.Empat puluh tahun yang lalu ketika engkau masih remaja dan bergelora,engkau tidak berfikiran demikian.Sekarang setelah engkau tua bangka dan tak berdaya,tiba-tiba mengelamun seperti itu.Sungguh hina engkau,mengapa engkau menyesal kerana tidak berbuat dosa?"
Beliau merasa begitu menyesal dan angan-angannya itu,tiga hari beliau menangis memohon ampun kepada Allah.
Sebagaimana seorang ulama berkata."Aku sungguh lebih takut terhadap wanita daripada syaitan."
"Mengapa tuan berkata demikian?" tanya seseorang.
Ulama itu menjawap: "Kerana tipu daya syaitan itu lemah belaka,sebagaimana Allah telah mengatakan(yang ertinya)
"Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah."(Al-An'am 76)
sedangkan tipu helah wanita itu sangat kuat,sebagaimana firman Allah(yang ertinya)."
"Sesungguhnya tipu daya kamu wanita adalah besar."(yusuf,28)

0 comments:
Post a Comment