MASUK ISLAM DENGAN IKHLAS

Sunday, November 25, 2012
Diceritakan bahawa dalam suatu peperangan,tentera kaum muslimin dapat menawan seorang panglima perang pasukan musuh,lalu dihadapkan kepada Amirul Mukminin Khalifah Umar bin Khattab.Beliau mengajak agar panglima perang itu masuk Islam,tapi tidak mahu,walaupun telah berkali-kali diajak.Akhirnya bekas panglima itu dianggap sebagai tawanan perang yang mesti dibunuh,kecuali jika mahu masuk Islam.Setelah hukuman akan dijalankan,tiba-tiba tawanan itu berkata:"Wahai Amirul Mukminin,saya rela dibunuh,tapi sebelumnya saya ingin mengajukan suatu permintaan.Saya harap Amirul Mukminin memenuhinya."

"Katakan apa permintaan mu?" tanya khalifah.
 "saya minta segelas air."
 Setelah air diberikan,tawanan itu berkata lagi:" "Saya harap Amirul Mukminin tidak membunuh saya sebelum selesai meminum air ini."
 "Saya tidak akan membunuhmu sebelum selesai engkau meminum air itu." kata khalifah.
  "Saya harap Amirul Mukminin menepati janjinya."
   
 "Ya."kata khalifah.
Tiba-tiba tawanan itu menuangkan air ditangannya,sedikit pun ia tidak meminumnya.
Orang-orang disekitarnya menjadi bingung,kerana merasa seolah-olah tertipu.Bagaimana dia akan dibunuh,kalau dia tidak mahu meminum air itu,sedangkan Khalifah telah berjanji tidak akan membunuhnya sebelum selesai dia minum air itu.
Khalifah terdiam melihat hal tersebut.
Tiba-tiba tawanan itu menyatakan diri masuk Islam dan mengucapkan dua Kalimah Syahadah.
Orang2 disekitarnya gembira dan menyambut dengan seruan takbir.

"Allahu Akbar." kata khalifah sambil memeluk tawanan yang telah menjadi saudara seagamanya itu.Semua ikut terharu.
 "Mengapa engkau tidak mengucapkan kalimah syahadah sejak awal-awal lagi?. tanya Khalifah.
 "Saya tidak mahu orang ramai menganggap saya masuk Islam kerana takut dibunuh."jawapnya.

0 comments:

Post a Comment