Hujan lebat dalam bahasa Arab dipanggil 'wabilun'manakala hujan renyai-renyai dipanggil 'tollun'atau 'tol'.
Yang diceritakan disini bukannya masaalah hujan,tetapi berkenaan dengan seorang puteri raja yang bernama Aliyah binti khalifah Al-Mahdi,kakak kepada Khalifah Harun Arrasyid bin Al-Mahdi.
Dia seorang puteri yang rupawan,cerdik pandai mengarang sajak dan menyanyi.Khalifah sangat suka mendengar nyanyian Aliyah yang sangat merdu.Yang menariknya Aliyah menaruh hati kepada seorang pemuda yang menjadi khadam istana bernama "TOL"
Keluarga istana tidak merestui hubungan tersebut,maklumlah si tol hanya seorang khadam sedangkan Aliyah puteri raja.Darjatnya jauh berbeza..
Khalifah telah meminta Aliyah agar bersumpah untuk tidak berhubungan atau menyebut-nyebut nama si Tol baik dalam sajak-sajaknya atau dalam apapun jua.
Aliyah terpaksa akur dan berjanji akan mematuhi semua arahan Khalifah walau hatinya terasa berat.
Suatu hari Khalifah Harun Arrasyid datang ketempat Aliyah,ketika itu Aliyah sedang membaca kitab suci Al-Quran dan kebetulan dia telah sampai pada ayat-ayat akhir dari surah Al-Baqarah.
Ketika dia membaca ayat 265 yang ertinya;"...............seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat(wabilun),maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda,maka jika hujan lebat tidak menyiramnya..............',tiba-tiba Aliyah berhenti dan berfikir sebentar.
Kenapa?..kerana ayat tersebut berbunyi;"Fa inlam yushibha wabilun fa tol.."yang artinya jika hujan lebat tidak menyiraminya maka hujan renyai-renyai(pun jadilah).'
Kerana adanya khalifah ,Aliyah takut untuk menyebut kata-kata "tol"lalu dia melanjut bacaannya dengan""....................fallazi naha anhu amirul mukminin",yang artinya jika hujan lebat tidak menyiraminya),,,maka apa yang dilarang oleh Amirul Mukminin pun jadilah"..
Khalifah ketawa mendengar bacaan Aliyah lalu berkata.."Apa dah jadi dengan kamu ni sampai nak mengucapkan ayat tol didalam Al-Quran pun engkau takut kepada ku.
"Sudahlah kalau begitu aku berikan kepadamu si "TOL" itu dan aku tidak akn mencegah kemahuanmu lagi sejak hari ini."
Aliyah kembali gembira dan ceria lagi.

0 comments:
Post a Comment