Suatu hari anak saudara Daud at-Ta'i ingin berniaga lalu meminta wang kepadanya untuk modal.Daud yang juga seorang peniaga itu memberinya 60 dinar.Sebulan kemudian anak saudaranya itu telah datang kepada Daud dengan membawa wang sebanyak 120 dinar.
"Ini hasil perniagaan pak cik.:"kata anak saudara Daud sambil menyerah seuncang wang.
"Ei, pandai betul engkau berniaga." kata Daud setelah mengira wang yang diterimanya.
"Rezekilah pak cik."
"Bagaimana wang satu dinar boleh menjadi dua dinar dalam masa satu bulan? Amboi ..kalau begitu caranya engkau sepatutnya kena punya Baitul Mal sendiri.Apakah engkau ingin memperdayakan aku?.Sungguh engkau telah menjual gandum kepada kaum Muslimin dengan harga terlalu mahal .Pulangkan modalku,kerana engkau tidak dapat dipercaya dalam urusan perniagaan,dan aku tidak akan memberikan kesempatan kepadamu untuk mencekik leher kaum Muslimin dengan menjual barang terlalu mahal." kata Daud.
"Tamat"
Suatu hari seorang hamba perempuan Daud berkata kepadanya:"Apakata kalau aku memasakkan makanan yang sedap untuk tuan.?"
"Elok juga ,"kata Daud.
Sihamba pun memasak,dan dihidangkannya kepada tuannya setelah siap.Baunya sangat sedap dan dapat membangkitkan selera makan seseorang,Maklumlah dibuat dari bahan-bahan yang terpilih dan resepi istimewa.
"Bagaimana keadaan anak-anak yatim si fulan?" tanya Daud.
"Biasa-biasa saja tuan." jawap hambanya.
"Bawa kan makanan ini kepada mereka,kerana jika aku makan,esok pagi makanan ini akan berubah menjadi berak.Akan tetapi jika makanan ini dimakan oleh anak-anak yatim itu,ia akan menjadi tabunganku disisi Allah." kata Daud.

0 comments:
Post a Comment