PADAH SI PENGAMPU

Sunday, December 9, 2012
Khalifah Harun Ar-Rasyid telah memberikan hadiah kepada Ali bin Yaqtin yang berupa beberapa helai pakaian sebagai penghormatan kepadanya.Termasuk didalamnya sebuah baju khusus diraja yang terbuat dari sutera dan bulu berwarna hitam dan disulam dengan benang emas.Baju jenis itu hanya dianugerahkan oleh Khalifah kepada orang-orang tertentu saja sebagai tanda dia mendapat darjah kebesaran.

       Ali bin Yaqtin telah memerintahkan seorang pembantunya agar menghantarkan hadiah-hadiah dari Khalifah itu kepada Abu Musa bin Jaafar dengan disertai pula wang yang banyak,seperlima dari penghasilanya.Abul Hasan Musa menerima kesemua pemberian Ali bin Yaqtin itu.Akan terapi beberapa hari kemudian Abul Hassan memulangkan baju khusus itu kepada Ali bin Yaqtin melalui seorang pembantunya sendiri disertai sepucuk surat yang berbunyi:

       "Semua hadiahmu kepada aku telah aku terima dengan senang hati,kcuali sehelai baju khusus saja.Aku pulangkan balik baju itu dan hendaklah engkau simpan dengan baik,barangkali disuatu masa engkau akan memerlukannya.

       Ali bin Yaqtin merasa hairan mengapa Abu Musa memulangkan baju khusus tersebut.Tetapi demi mentaati orang yang dihormatinya,Ali menyimpan saja baju tersebut didalam sebuah peti.
       Pada suatu hari,Ali bin Yaqtin marah kepada pembantunya kerana sesuatu hal yang menyakitkan hatinya.Dia telah memecat pembantu yang telah menghantarkan hadiahnya kepada Abu Musa itu.Si pembantu merasa kesal,kerana dipecat.Dia ingin membalas dendam ,lalu pergi kepada Harun Ar-Rasyid dan melapurkan bahawa Ali bin Yaqtin yang mendapat pujian  dari istana sebenarnya seorang pengikut Abu Hassan Musa bin Jaafar.Si pembantu juga melapurkan bahawa ali dtelah memberikan seperlima dari pendapatannya kepada abu Musa bin Jaafar.
       "Bahkan baju khusus keluarga diraja yang dianugerahkan oleh Amirul Mukminin sebagai penghormatan ,telah diberi kannya kepada Abu Musa bin Jaafar juga."kata bekas pembantu Ali bin Yaqtin.

       "Hah...apa betul begitu?"tanya Harun -A-Rasyid terperanjat.
       "Betul tuanku,aku tahu,kerana aku sendiri yang menghantarkannya pada hari sekian jam sekian.       
       "Dia telah melampau.aku akan siasat perkara ini,"kata Harun Ar-Rasyid dengan marah.
       Ali bin Yaqtin segera dipanggil ke istana oleh Khalifah Harun untuk ditanya kesahihan cerita yang didengarnya.
       "Wahai Ali bin Yaqtin!Apa yang telah engkau buat dengan baju kebesaran yang telah aku berikan kepada mu?"tanya Harun.
       "Wahai Amirul Mukminin,ia telah ku jaga dengan baik dan ku letakkan didalam sebuah peti terkunci.Aku beri minyak wangi,setiap pagi aku membukannya,aku lihat dan aku cium untuk memperolehi berkat,Kemudian aku letakkan ketempatnya semula,:Jawap Ibnu Yaqtin.
       "Engkau bohong,Engkau telah berikan baju diraja itu kepada Abu Musa bin Jaafar bukan?"
       "Tidak,sekali-kali tidak,ia tetap ada padaku wahai Amirul Mukminin,"
       "Boleh engkau datangkan sekarang juga dari rumahmu?"
       "Boleh.Tuanku boleh menyuruh orang pergi kerumahku untuk mengambilnya dari dalam bilikku."
              
       Harun segera menghantar beberapa orangnya untuk mengeledah rumah Ali dan mencari peti yang dimaksudkan.Beberapa masa kemudian orang-orang yang ditugaskan kembali dengan membawa peti yang dimaksud.Harun segera membuka peti tersebut,dan ternyata baju anugerahnya terjaga dengan baik dan baunya pun harum sekali.
       Bukan main terkejutnya bekas pembantu Ali bin Yaqtin apabila mendapati laporannya tidak betul dan segera terbayang akan hukuman yang bakal diterimanya.Maklumlah dia tidak mengetahui bahawa baju tersebut telah dipulangkan semula oleh Abu Musa bin Jaafar melalui tangan orang lain.
       
        "Engkau pembohong!" tengking Harun kepada bekas pembantu Ali bin Yaqtin yang sudah kelihatan pucat seperti cicak putih.
       Ali bin Yaqtin dibebaskan dan diberinya anugerah yang tinggi.Sementara bekas pembantunya lain pula nasibnya.Harun memerintahkan agar bekas pembantu itu dirotan seribu kali,tapi baru lima ratus rotan saja dia tidak dapat bertahan dan mati.Demikian cerita dari kitab I'lamul Waraa..


"Cerita diatas mengandungi maksud tersirat yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua"
       
    

       







 

0 comments:

Post a Comment