MAKAN DAGING GORENG MANUSIA

Sunday, December 9, 2012
Yusuf Bahrani menceritakan bahawa seorang lelaki duduk didalam sebuah kapal yang siap untuk belayar.Seorang lelaki Yahudi cepat-cepat naik dengan membawa sebuah bakul penuh dengan daging yang telah menjadi daging goreng kering lalu diletakkan didekat lelaki lelaki yang duduk sejak tadi.Si Yahudi pergi kehulu kehilir didaam kapal itu sambil melihat-lihat pemandangan tanpa menghiraukan barang bawaannya.Sementara lelaki yang duduk tadi tidak dapat menahan seleranya apabila tercium bau daging goreng lalu dimakannya ternyata sangat sedap.Dia mengambil lagi dan terus mengambil sehingga akhirnya daging goreng tersebut habis dan hanya tinggal sisa-sisanya saja.

       Kapal pun berlabuh dan para penumpang bersiap sedia untuk turun.Si Yahudi cepat-cepat pergi kebakul yang dibawanya untuk dibawa turun.Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapati bakulnya kosong kerana daging gorengnya habis dan hanya tinggal tulang-tulang saja.
       "ke mana daging goreng dalam bakul ini?"Kemana  daging goreng dalam bakul ini?"teriaknya sambil menangis.
       "Aku lihat dimakan oleh lelaki itu."Kata seorang sambil menunjuk pada lelaki yang memakannya.
       Si Yahudi menjadi bingung,memekik dan menangis sambil menyerang lelaki yang memakan daging gorengnya.
       "Celaka,engkau telah makan bapaku..!Engkau telah makan bapaku...!Hwaaaaaaaaa.hwaaaaa."pekik lelaki itu sambil menangis kuat-kuat.
       Para penumpang menjadi bingung,hairan dan bertanya:"Dia hanya makan daging gorengmu yang ada didalam bakulmu.mengapa dituduh memakan bapa mu pula?Apa kena mengena?
       "Bapaku berwasiat bahawa apabila beliau mati minta agar dikuburkan di Baitul Maqdis. Maka setelah beliau mati,aku buat mayatnya menjadi daging goreng kecil-kecil agar senang membawanya.Tapi sekarang telah habis dimakan oleh orang itu..Hwaa..hwaaa..jawap Yahudi itu lalu menangis lagi.
       Sementara silelaki yang mungkin kebuluran itu tidak dapat berbuat apa-apa,kerana ketulan-ketulan mayat siYahudi dtelah "berkubur"didalam perutnya.Dia hanya ingin muntah saja setelah mengetahui yang daging yang dimakannya adalah daging goreng makhluk seperti dirinya juga..

0 comments:

Post a Comment