MUHASABAH DIRI

Tuesday, December 11, 2012

Tak payah nak bercerita tentang kepimpinan sesiapa dan tak payah juga nak mengkritik lebih sangat takut terlebih pula..hal-hal yang mengherankan apabila kita sibuk mengkritik orang lain,ni pun nak mengingat diri sendiri,jangan pula ingat diri sendiri terlalu baik..sebaliknya kita terlupa apa yang kritik itu tidak perlu selagi tidak memberi kebaikan kepada diri sendiri.

Seseorang yang sibuk mengkritik kepimpinan orang lain atau tindakan orang lain jika datang dari hawanafsunya perbuatan itu maka dia akan menghadapi hukum karma.
KENAPA?..Kerana setiap ucapan yang keluar dari mulut kita ada pencatatnya..
Kenapa selalunya orang-orang yang duduk dikedai kopi yang bercerita tentang politik dengan idea masing-masing akhirnya meninbulkan pengsengketaan diantara mereka..sebabnya mereka teringin nak memikul beban menjadi pemimpin.
Tetapi mereka lupa menjadi seorang pemimpin bukannya mesti menjadi orang yang besar dan hebat,semua manusia harus ada sikap kepimpinan dan seorang bapa atau lelaki harus menjadi pemimpin kepada keluarganya,seorang ketua kampung harus memimpin penduduknya dan begitu lah seterusnya dan begitu juga kepada kaum wanita semuanya tidak terkecuali.

Apa yang terjadi kita boleh agak orang-orang yang sibuk begini pasti ada yang tidak diuruskan,terbengkalai atau leka,lalai dan keperluan sendiri atau keluarga diabaikan.Kenapa tidak bertanya atau muhasabah diri,seharusnya kita merasa malu kerana sibuk tidak bertempat tetapi hal sendiri tidak selesai.Kita sendiri pun seorang pemimpin tetapi malangnya kelemahan diri sendiri kita lupakan kerana asyik nak ingat kejahatan atau kelemahan orang lain.

0 comments:

Post a Comment