Berapa kali nak cakap ,rasanya macam merapu pulak tetapi semuanya yang kita tidak suka tidak semestinya tidak berfaedah buat kita.
Kali ini nak sebut lagi pasal ikhlas,ikhlas tidak dapat diucapkan kerana semuanya rahsia Allah tetapi walau pun ianya sesuatu yang tidak dapat dinilai dengan ucapan namun masih dapat kita sedari dari pertunjuk-pertunjuk bagaimana sikap seorang mukmin itu sepatutnya.
Orang yang warak,mungkin ada disekeliling kita,cuba perhatikan sikap mereka,terselah sekali sikap tawadhuk dan sabar terhadap sesama manusia.Terpegun jika diamati sikap mereka dan akan timbul rasa malu betapa jahilnya diri,betapa ruginya.
Mereka ini setiap saat berhati-hati didalam setiap tindak tanduk zahir dan batin,mengamal syariaat agama setiap masa,dan tidak timbul sikap yang bertentangan.
Kita sendiri dapat mengenali di mana tahap kita,setelah gagal atau terdesak maka baru kita timbulkan sikap ikhlas atau memahaminya,ia berulang-ulang,kenapa?.Jawapnya kita tidak mengamal syariat dan hukum atau kembali kepada Allah didalam semua urusan yang kita lakukan.
0 comments:
Post a Comment