Part ni memang pahit kit , tetapi ini lah yang sering terjadi..apalagi zaman sekarang,susah nak cakap ,Rasa malu pun ada ,bukannya apa ,kebanyakan kita dizaman ini nak buat apa mesti nak dihebahkan,suka sangat kat publisiti.
Bila nak berderma nak ambik gambar depan kamera,Tak mengapa jika tujuan nak mengalakkan orang ramai bersedekah,atau pun orang lain yang nak buat publisiti walau sudah ditegah oleh sipenderma,tetapi yang tak bestnya jika yang nak menderma sendiri yang sibuk menghebahkan amal kebaikan dan mengata orang yang tidak berbuat seperti dia,bersedekah seperti dirinya,bab ini lah yang tak bestnya.Tetapi apa nak kita katakan,manusia disekeliling kita pun merupakan ujian Allah buat sesamanya.Yang penting kita harus sedar jangan jadi seperti itu.
Orang yang beriman atau orang mukmin sangat menjaga amal kebajikan mereka,kerana sedar ujub dan riyak akan membuat amal ibadah kita tertolak.Hal ujub dan riyak bukannya mudah hendak disingkirkan tetapi ingat lah Allah menegah kita dari bersikap demikian.
0 comments:
Post a Comment