FACEBOOK

Friday, December 14, 2012

Diantara penyakit rohani dizaman moden ini ialah Aysik..ia boleh dikaitkankan minat atau sukakan sesuatu,Tapi sebagai seorang islam hendak lah kita pastikan sesuatu yang kita minat jatuh pada kategori yang mana?
Jika haram maka hukumnya haram dan jika mubah atau halal maka hukumnya halal..
Perlu juga kita mengetahui jika perkara yang mubah itu pun boleh bertukar jadi berdosa jika berterusan melakukannya.
Apa yang seakan menjadi kegemaran kita masa kini ialah Facebook,tak kira usia,yang muda,yang setengah abad dan yang masih disekolah rendah atau sesiapa saja yang meminatinya.
.
Ini lah topik nak ku paparkan disini,Begini lah kita manusia lepas satu ,satu lagi pengaruh moden sukar untuk kita mengelakkanya.Tidak lah menjadi kesalahan untuk minat yang sebegitu,ianya satu cara untuk kita mengenali dunia luar dan mengetahui siapa lagi hamba hamba Allah diluar dari kehidupan seharian kita.Juga tidak menjadi salah jika kita mempunyai sahabat dan bertukar tukar pandangan atau cara untuk kita menambah ilmu tetapi facebook juga boleh menjadi wadah untuk menambah dosa jika disalah gunakan.
.
Ada juga tetapinya disini..sehari berapa jam kah kita menghadap komputer kita kerana Facebook..Itu lah yang menjadi persoalan dan berapa jam pulak kita solat?Mengerjakan solat tidak lah memerlukan masa yang berjam jam tapi yang manakah lebih mengasyikkan solat atau FB?
Kat mana lebih khusyuk melayan teman kat FB kah atau dalam solat?Soalan ini tiap hari aku tanya pada diriku sendiri,

Asyik pun boleh mendatamgkan dosa,apa taknya,,kerana asyik kita lalai,lalai dalam mengerjakan perintah lima waktu,kita peruntukkan masa kita untuk sesuatu yang bakal kita tinggalkan dan kita abaikan sesuatu yang perlukan buat bekalan dikemudian hari..kita lalai dan terus lalai ,alangkah ruginya kita semua
.
Kalian semua lebih tahu akan keadaan kalian dan begitu juga aku jadi aku cuma ingin berpesan pada diriku sendiri dan juga pada kalian ,tak mengapa jika kita asyik tapi bila tiba waktu solat tunaikan lah perintah Allah dan lebih baik kita banyakkan masa membaca Al-Quran dari kita buang terlalu banyak masa kita kat FB..Jadi tidak lah ia mendatangkan dosa pada kita dan jangan pulak kerana berjaga sampai jauh malam waktu solat subuh kita tak larat nak tunaikan..semoga sama -sama kita renung-renungkan.
facebook

0 comments:

Post a Comment