Mendengar cerita tentang sihir ataupun menonton filem atau drama TV tentang sihir tapi hakikatnya kita tidak mengetahui bagaimana rasanya disihir kecuali orang orang yang telah mengalaminya.
Sihir bermaksud tersembunyi dan halus ,ia adalah kejadian atau perbuatan yang dilakukan manusia yang melibatkan makhluk halus.
Didalam Al Quran ada disebut tentang sihir yang menjadi atau antara penyebabnya pecah-belahnya sesebuah rumah tangga dengan izin Allah jua.
Allah berfirman':
"Maksudnya 'Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dan isterinya.(Surah Al Baqarah2;102)
Menyedari besarnya pengaruh sihir ini kepada manusia yang boleh mengakibatkan kemusnahan maka hanya kepada Allah jua kita pohon pelindungan
Firman Allah
"Maksudnya'"Aku berlindung daripada kejahatan mahluk-mahluk yang menghembus-hembus pada simpulan (dan ikatan -ikatan)"
Namun begitu Allah jua menjelaskan bahawa sihir itu tidak akan berkesan melainkan dengan izinnya.Syaitan dan jin sama sekali tidak berkuasa bagi menjayakan sihir keatas manusia.
Firman Allah
Maksudnya""Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat atau membahayakan dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. (Surah Baqarah 2 '1
Mempelajari sihir adalah haram dan orang yang mengamalkan sihir dihukum kafir.
Dan sebahagian ulama fiqah meletakkan hukuman bunuh astas pengamal ilmu sihir
Mempercayai tukang tilik pun dilarang keras,Rasulullah s.a.w pernah menyatakan
"Sesiapa yang menemui tukang tilik ,lalu bertanya sesuatu kepadanya kemudian mempercayainya ,maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari,kerana ia boleh menjerumuskankan kita kejurang kekufuran.
Tentang pendinding sihir maka kita akan berbicara tentang nya kemudian..
0 comments:
Post a Comment