Apa adanya

Saturday, March 2, 2013
          Rasulullah berkata;Musibah terbesar yang disimpan diotakmu adalah lupa.
Benar sekali ketika otak kita melemah kita mudah lupa dan tinggal ruang yang kosong dan paling bahaya kita tidak tahu lagi membeza kemana hala tuju dan kemahuan sendiri.

Hari kelmarin yang pergi itu tidak pernah kembali,esok tidak sama seperti hari ini,semuanya beredar dengan begitu cepat tanpa dapat ditegah walau sesaat,rasa kita pun berbeza dan berubah-ubah,ada saatnya kita riang,ada saatnya kita merasa pilu,ada saatnya kita seperti akan kehilang sesuatu.
Sebenarnya ada yang kita bimbangkan,kita bimbang sejauh mana keislaman kita,sejauh mana iman dan keyakinan terhadap Allah,bimbang dimana letaknya diri sendiri nanti.
Sangka baik kepada Allah pengubat segala keresahan,tetapi tetap bukan penyudah segala persoalan.

Yang jelasnya kita tidak perlu berdendam atau marah pada sesiapa,yang seharusnya kita lihat diri sendiri,kenapa kita perlu orang yang tidak mahu berubah mendoakan kita sedangkan dirinya sendiri pun tidak didoakan.
Bukan mudah untuk meninggalkan sifat-sifat buruk,ada waktu nya ia menyelinap seperti sesuatu yang baik walhal ianya adalah sesuatu yang buruk.
Ketika mengucap Allah hu Akbar pun masih tidak mampu meletakkan Allah itu maha besar,masih juga fikiran menerawang kesana kemari,apatah lagi buat yang tidak tahu akan kebesaran Allah.

Hendaknya kita menjadi orang yang bahagia,menikmati kebahgiaan pada detik-detik yang kita lalui,proses perjalanan hidup,hanya dengan cara itu kita dapat mendapat kemaafan dan sentiasa saling bermaafan.
Hanya jangan kita berharap menjadi seperti mereka,berharap lah menjadi orang yang sentiasa sedar dan diredhai walau masih jauh perjalanan yang kita tempuhi,namun ingat lah masa itu emas dan begitu singkat sekali.
Kita sendiri tahu kelompok mana kita mahu bersama,setiap orang mempunyai kelompoknya bersesuaian dengan keinginannya.
Kerana hidup ada aturan,jika kita temui kelompok yang tidak memberhaya kan dan menyenangkan pilih lah bersama kelompok itu.Kerana didunia ini semua pun ujian buat diri kita sendiri.
Manusia ketika meninggalkan kehidupan dunia dan berada dialam barzah,tidak mungkin dapat ingkar dari segala persoalan,hanya rahmat Allah jua yang dapat menyelamatkan kita.
Kerana akhirnya semua akan memikul bebannya sendiri 

 "Sekadar perkongsian"


0 comments:

Post a Comment